[WACANA SINAR] PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV

2022-12-27 25

[WACANA SINAR] PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV

Pada 1 Disember lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan inisiatif peluasan rawatan PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) bagi pasangan ODHA (orang yang hidup dengan HIV) serta pengamal MSM atau aktiviti seks berisiko tinggi dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Mampukah akses meluas terhadap PrEP menyekat penularan HIV?

Ikuti kupasannya dalam program Wacana bertajuk PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV bersama Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Profesor Perubatan USIM, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Ketua Sektor HIV/Bahagian Kawalan (Penyakit) KKM, Dr Anita Suleiman dan Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Prof Dr Irwan Mohd Subri pada Selasa, jam 8.30 malam di semua media sosial Sinar Harian.

Orang ramai juga dijemput hadir untuk menonton secara langsung program Wacana Sinar ini.

Muzik: www.bensound.com

#WacanaSinar
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia